Ganguan perkhidmatan Unifi di kawasan Sungai Buloh, Selangor

Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan UniFi di sekitar Sungai Buloh, Selangor sedang mengalami gangguan berikutan kerosakan kabel fiber optik bawah tanah yang disebabkan oleh kerja-kerja baikpulih pihak ketiga di kawasan yang terlibat. Kerosakkan ini memberi kesan kepada hanya segelintir pengguna UniFi di kawasan tersebut.  

Kerja–kerja membaikpulih kerosakan bersama pihak ketiga yang terlibat sedang dijalankan secara berperingkat dan perkhidmatan UniFi dijangka pulih sepenuhnya pada tengah malam ini (23 September 2014).

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda semasa tempoh ganguan yang tidak dapat dielakkan ini.  

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan sila e-mel ke unifi@tm.com.my. Kami boleh juga dihubungi melalui Twitter di www.twitter.com/TMConnects.  

Terima kasih.​​